awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita nafi tipu pembelian projek PR1MA

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
09/08/2022
06:57 MYT
Wanita nafi tipu pembelian projek PR1MA
Farizirah Safarizan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdaya pembelian rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang tidak wujud, hujung tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
ALOR GAJAH: Seorang wanita yang sedang hamil dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memperdaya pembelian rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang tidak wujud, hujung tahun lalu.
Tertuduh Farizirah Safarizan, 22, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya Hayatun Nufus Tamdjuri Adydarsono, 32, untuk pembayaran pendahuluan satu unit Prima Residensi A Famosa dan bayaran kos penyelenggaraan tidak wujud bernilai RM6,350 yang dibuat secara berperingkat antara 31 Januari hingga 28 Februari 2022 lalu.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama sehingga mendorong mangsa Siti Ida Hassan, 37, menyerahkan wang secara tunai berjumlah RM5,500 pada Disember tahun lalu di kawasan pembinaan rumah PR1MA Residensi A Famosa, di sini.
Justeru, tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebat dan denda.
Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha memohon jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan kesalahan dilakukan adalah serius.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun, merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia kini tidak bekerja dan sedang hamil selain perlu menjaga ibunya yang menghidap barah payu dara.
Mahkamah kemudian membenarkan wanita itu diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 23 September ini sebagai sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#wanita tipu
#Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia
#PR1MA
#Mahkamah Majistret Alor Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan