awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
05/02/2026
21:30 MYT
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Mohamad berucap ketika hadir ke MADANI Agro Excellence Awards di sebuah hotel di Shah Alam, 5 Feb 2026. --fotoBERNAMA
?SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu kerugian Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) membabitkan lebih RM200 juta akibat kes jenayah penipuan dalam talian.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara berkenaan terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM).
"Kita serah 100 peratus kepada mereka untuk menyiasat, saya tak boleh berikan komen lanjut," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan MADANI Agro, di sini semalam.
Pada Rabu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan Agrobank mengalami kerugian RM203.8 juta akibat penipuan dalam talian yang dilaporkan pada November tahun lepas.
Saifuddin berkata sebanyak 47 individu ditahan berkaitan kes itu dengan tiga telah didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan penggunaan akaun keldai.
Beliau yang tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai penipuan berkaitan Agrobank dalam jawapan sama turut memaklumkan ia tidak melibatkan sebarang akaun pelanggan institusi kewangan itu.
Siasatan terhadap 44 suspek lain masih diteruskan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan dengan bantuan CyberSecurity serta Bank Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#AgroBank
#penipuan dalam talian
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan