awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita OKU kelaparan, ditinggalkan bersama najis

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
24/04/2018
01:43 MYT
Wanita OKU kelaparan, ditinggalkan bersama najis
Wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus oleh polis selepas mendapat maklumat daripada jiran mangsa. - Foto Astro AWANI
Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di Taman Pinggiran Industri, Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.
Wanita berusia 44 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus oleh polis selepas mendapat maklumat daripada jiran mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik, jiran tersebut terdengar jeritan dari dalam rumah mangsa pada jam 9.15 malam.
Selepas diperiksa, dia mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus sebelum bertindak menghubungi polis.
"Apabila sampai di lokasi, didapati pintu rumah itu berkunci menyebabkan pihak polis terpaksa memecah masuk," katanya.
Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan terbaring dan amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.
Mangsa ditemui di dalam sebuah bilik yang dipenuhi sampah dan najis.
"Keadaan mangsa sangat lemah dan berbau kurang menyenangkan kerana dibiarkan tidak terurus," tambahnya.
Difahamkan mangsa tinggal bersama adik perempuannya berusia 40 tahun dan mereka berpindah ke Pengkalan Chepa hanya enam bulan lalu.
Namun ketika serbuan polis, adik mangsa, yang dikatan bekerja di sebuah pasar raya di sini, tiada di rumah.
Ismail berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut, manakala adiknya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk disoal siasat.
Topic Berkaitan
#Ismail Mat Sidik
#lemah
#Najis
#OKU
#Orang Kurang Upaya
#Pengkalan Chepa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan