awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Orang Asli cedera, motosikal terbakar dalam kemalangan

Bernama
Bernama
08/06/2025
02:15 MYT
Wanita Orang Asli cedera, motosikal terbakar dalam kemalangan
Kemalangan di KM342.0 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Sungkai, awal pagi tadi melibatkan sebuah motosikal Yamaha LC, sebuah Proton Waja dan sebuah Toyota Altis. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang wanita Orang Asli cedera selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 342.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Sungkai, awal pagi tadi.
Mangsa berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan ringan, termasuk patah tangan dan luka di beberapa bahagian badan, sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi dan menggerakkan enam anggota ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan motosikal Yamaha LC yang terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Waja dan sebuah Toyota Altis. Motosikal tersebut musnah 80 peratus, dan seorang wanita Orang Asli yang cedera telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati penunggang motosikal dipercayai terbabas sendiri sebelum motosikalnya yang berada di tengah lebuh raya telah diseret, sehinga menyebabkan kebakaran.
Katanya operasi pemadaman mengikut konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) dijalankan menggunakan aliran salur bantu mula dan air tangki jentera, sebelum kebakaran dipadam sepenuhnya pada 7.38 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#JBPM Perak
#motosikal terbakar
#wanita Orang Asli cedera
#motosikal terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami