GUA MUSANG: Seorang wanita Orang Asli yang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung hadir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis di sini, untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Andak Oi, 20, suku Temiar dari Kampung Guling tiba di pusat pengundian bersama abangnya pada 9 pagi, sambil menggendong bayi perempuan yang berusia 30 hari.
Menurut Andak, ini merupakan pengalaman keduanya selepas kali pertama melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) lepas.
"Saya tidak perlu beratur panjang kerana dapat laluan khas bersama bayi yang saya gendong.
"Saya terpaksa membawa anak sulung, Aleh Rose Nayang yang berusia 30 hari bersama kerana anak masih lagi kecil dan menyusu badan. Syukurlah proses mengundi sebentar sahaja," katanya.
Sebanyak 2,688 pemilih berdaftar dijangka mengundi di SK Kuala Betis yang merupakan satu daripada 15 pusat mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Bagi Abok Jawing, 22, yang turut mengundi sambil mendukung anak berusia dua tahun berkata, dia bersama rakan sekampung sepakat untuk menumpang kenderaan milik seorang rakan bagi menunaikan tanggungjawab memilih pada pagi ini.
"Kami tinggal di Kampung Langsat, Kuala Betis yang jaraknya hampir enam kilometer dari SK Kuala Betis. Dari semalam kami sudah berpakat untuk datang bersama-sama hari ini.
"Saya harap dengan undi yang kami berikan hari ini dapat mengubah nasib masyarakat Orang Asli di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, Penghulu Orang Asli Kampung Merlong, Kuala Betis Ibrahim Marijah, 66, menyeru masyarakat Orang Asli untuk keluar beramai-ramai menjalankan tanggungjawab mengundi demi kesejahteraan dan kebajikan mereka.
"Setiap satu undi adalah sangat bernilai bagi menentukan pemimpin negeri dan memilih wakil rakyat yang dapat membela nasib Orang Asli. Kita mesti tunaikan demi kebaikan pemerintahan dan sebagainya.
"Jadi saya menyeru kepada lebih 3,000 pengundi supaya dapat keluar mengundi pada hari ini bagi menentukan wakil rakyat kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
Menurut Andak, ini merupakan pengalaman keduanya selepas kali pertama melaksanakan tanggungjawab mengundi pada PRU15 lepas. - Gambar Bernama
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
Trauma Bah Kuning 2014: Orang Asli di Gua Musang mahu kekal tinggal di bangsal
50 keluarga masih enggan pulang ke rumah masing-masing khususnya yang terletak di kawasan lebih rendah.
Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.
72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Orang Asli tiada geran tanah mahu jual kelapa sawit perlu rujuk kerajaan negeri
Masyarakat Orang Asli yang mahu menjual buah kelapa sawit tetapi tidak memiliki geran tanah dan lesen perlu merujuk kepada kerajaan negeri masing-masing.
Gombak-Hulu Langat Geopark bantu jayakan Tahun Melawat Selangor 2025 - Amirudin
Perisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor akan menjadi antara batu loncatan bagi mempromosikan tarikan pelancongan.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.