awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita paksa anak kandung jadi pelacur ditahan

Bernama
Bernama
08/10/2017
12:56 MYT
Wanita paksa anak kandung jadi pelacur ditahan
Polis sedang dalam proses mengenal pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa merogol remaja perempuan itu.
Polis pada Ahad menahan dua wanita termasuk seorang ibu disyaki melacurkan anak kandungnya berusia 14 tahun untuk melangsaikan masalah hutang, di Lawas, Limbang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata tangkapan pertama dilakukan pada 2.15 petang di Jalan Liaw Kim Liu, Lawas melibatkan suspek berusia 30 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa.
"Tangkapan kedua pada 3.05 petang apabila polis menangkap wanita berusia 45 tahun yang juga pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji Matussin, Lawas," katanya dalam kenyataan.
Dev berkata polis sedang dalam proses mengenal pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa merogol remaja perempuan itu.
"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Pejabat Daerah Lawas pagi esok untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a).
Beliau berkata mangsa yang tidak lagi bersekolah membuat laporan di Balai Polis Lawas pada 10.55 pagi tadi, dengan bantuan ketua kampung tempat mangsa tinggal.
"Mangsa bekerja sebagai pelayan di sebuah karaoke di Lawas. Dia dipaksa oleh ibu kandungnya dan pemilik karaoke tersebut untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya," kata beliau.
Dev berkata mangsa mendakwa ibunya mempunyai masalah kewangan yang serius akibat terlalu banyak berhutang dan meminta dia mengikut lelaki terbabit ke sebuah hotel di Lawas.
"Mangsa melihat lelaki itu membayar RM1,000 kepada pemilik karaoke seorang wanita berusia 45 tahun dan kejadian berlaku pada April 2017, dengan mangsa mendakwa lelaki tersebut merogolnya tiga kali di sebuah bilik di hotel tersebut," katanya.
Beliau berkata mangsa yang sebelum ini merahsiakan insiden tersebut, akhirnya melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung di kawasan tempat tinggalnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa
#polis
#seks
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan