awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis keluarga Beckham: Pertikaian cap dagang dedah retak dalam keluarga selebriti
Model baharu jam tangan mewah ciri-ciri bilionair India, Mukesh Ambani dianggar bernilai AS$1.5 juta
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita parah dipukul dalam kejadian samun

Bernama
Bernama
30/12/2022
08:59 MYT
Wanita parah dipukul dalam kejadian samun
Mangsa berusia 50-an itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan masih tidak sedarkan diri kerana kecederaan parah.- AWANI
GEORGE TOWN: Seorang wanita mengalami cedera parah di bahagian muka dipercayai dipukul seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah kedai menjual penapis air di Jelutong di sini, Sabtu lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata mangsa berusia 50-an itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan masih tidak sedarkan diri kerana kecederaan parah.
"Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an telah datang ke kedai wanita tersebut dan suspek memaklumkan mahu bertemu dengan suami mangsa namun lelaki (suami mangsa) tiada di kedai ketika itu.
"Sebaik dimaklumkan suami wanita itu tiada, suspek telah bertindak memukul mangsa dipercayai menggunakan senjata tumpul sehingga wanita tersebut cedera parah di bahagian muka sebelum dia menyamun wang tunai sebanyak RM2,000,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki di daerah Timur Laut sehari kemudian, untuk membantu siasatan dan suspek direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata kedai itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan kerana setakat ini pihaknya belum dapat merekodkan keterangan mangsa ekoran wanita tersebut masih belum sedar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun
#warga emas
#ICU
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan