awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita perlu bebaskan diri daripada pandangan lapuk, mentaliti ‘secondary’ kepada lelaki - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/02/2026
00:00 MYT
Wanita perlu bebaskan diri daripada pandangan lapuk, mentaliti ‘secondary’ kepada lelaki - Penganalisis
Wanita perlu dibebaskan daripada mentaliti dan tanggapan seolah-olah golongan itu lebih rendah peranannya berbanding lelaki. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Wanita perlu dibebaskan daripada mentaliti dan tanggapan seolah-olah golongan itu lebih rendah peranannya berbanding lelaki.

Ringkasan AI
  • Wanita perlu dibebaskan daripada kepercayaan lapuk bahawa mereka berperanan lebih rendah, termasuk dalam industri yang dipimpin wanita sendiri.
  • Lebih ramai pemimpin wanita dalam ekosistem media diyakini dapat mengubah naratif gender dan mengelakkan isu stereotaip.
  • Garis panduan pengiklanan sensitif gender dicadang bagi memastikan kandungan media lebih progresif dan tidak memudaratkan persepsi terhadap wanita.

Pengarah dan Profesor Adjung Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Profesor Zaharom Nain berkata masih ramai wanita yang percaya kepada naratif ini, sekali gus menyukarkan usaha pembebasan kumpulan berkenaan.
"Saya fikir isu sosialisasi ini bukan semata-mata melibatkan golongan lelaki. Wanita juga seharusnya dibebaskan daripada pandangan-pandangan yang lapuk ini.
“Wanita Malaysia harus disedarkan bahawa mereka adalah setara dengan lelaki. Penerimaan wanita terhadap peranan lebih rendah itu yang menjadi masalah.
“Hatta, mereka yang memimpin institusi tinggi atau industri media. Ramai wanita dalam industri tersebut tetapi adakah mereka ingin memajukan peranan wanita yang lebih progresif atau mereka hanya ingin mengekalkan kedudukan mereka?,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Wanita perlu bebaskan diri daripada pandangan lapuk, mentaliti ‘secondary’ kepada lelaki - Penganalisis
Dalam temu bual sama, Pengerusi Lead Up Malaysia dan Setiausaha Wanita KEADILAN Malaysia, Sangetha Jayakumar pula berpandangan bilangan pemimpin industri dalam kalangan wanita dengan sendirinya akan membantu mengelakkan sebarang isu sensitif berkaitan gender berlaku.
“Secara praktikal dalam industri media, kita boleh beri insentif dan menggalakkan wanita untuk menjadi penulis skrip dan pengarah kreatif.
“Kalau peranan-peranan dalam ekosistem media ini dipenuhi oleh lebih ramai pemimpin wanita, saya fikir landskap naratif akan berubah. Ini perubahan yang kita perlu usahakan,” ujarnya.
Beliau turut mencadangkan agar garis panduan pengiklanan sensitif gender diperkenalkan sebagai rujukan utama industri media sepanjang proses penerbitan sebarang kandungan.
Untuk konteks, petikan dialog daripada drama Pak Su Ammara yang digunakan dalam kempen pengiklanan telah mendapat perhatian umum baru-baru ini, yang tertumpu kepada isu persepsi terhadap wanita dalam masyarakat.
Astro, pada Rabu, menjelaskan petikan berkenaan bertujuan untuk mencetuskan perbincangan serta mencabar pemikiran kritis yang memudaratkan dalam naratif drama.
Tambahan pula, pada dasarnya drama tersebut mengetengahkan pemerkasaan wanita dimana watak utama yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera digambarkan sebagai seorang wanita yang tabah dan sentiasa berani mempertahankan pendirian dan menyuarakan haknya.
Dialog Tiga Penjuru: Representasi Di Media | Pemikiran Lapuk, Menzalimi Wanita?
Topic Berkaitan
#wanita
#gender
#pemerkasaan
#Dialog Tiga Penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan