IPOH: Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terperdaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa pada mulanya terlihat sebuah iklan menjual kereta terpakai di Facebook dan menghubungi pemilik akaun tersebut.
"Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui WhatsApp dengan memperkenalkan diri sebagai penjual kereta dan menghantar gambar kad pengenalan untuk menyakinkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Mohd Yusri berkata mangsa kemudian diminta membuat bayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun bank yang diberikan suspek dan diperdaya tidak boleh membatalkan pembelian atas alasan insurans telah didaftarkan atas nama mangsa, jika terjadi apa-apa mangsa akan dipertanggungjawabkan.
Mohd Yusri berkata mangsa membuat bayaran keseluruhan 25 kali melibatkan enam akaun bank, melibatkan jumlah keseluruhan RM132,860.00, sebelum tersedar ditipu apabila diberitahu rakannya ketika mahu meminjam wang dari rakannya itu.
"Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terperdaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Debaran All Star Gegar Vaganza
Laporan langsung menjelang All Star Gegar Vaganza bersama Wartawan Astro AWANI, Asyraf Roslan.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.
Pusat multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin
Farm Fresh Bhd rancang membuka 10 pusat multidimensi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada murid kurang bernasib baik.

Kanak-kanak kes dera diserah kepada ibu kandung - Exco
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang diselamatkan polis selepas disyaki menjadi mangsa dera ayah kandung dan ibu tirinya sejak Mac lalu di Jempol, akan diserahkan kepada ibu kandungnya.
Suara Rakyat: Ribuan penduduk beratur beli beras RM1
Di sebalik isu kekurangan bekalan beras dan peningkatan harga barangan dalam negara, penduduk di daerah Manjung Lumut, Perak hari ini cukup bertuah.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.
Seribu penduduk di kawasan itu gembira dan bersyukur kerana dapat membeli beras kampit lima kilogram pada harga hanya RM1.
Jualan beras pada harga tersangat murah itu dijalankan oleh Yayasan Misi Rakyat bagi membantu orang ramai.

Permintaan beras putih tempatan di Kelantan meningkat hampir 50 peratus
Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import.

Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNCHR, JKM
Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas dibongkar meminta sedekah.

LTdL 2023: Nur Amirull rampas jersi Raja Bukit rakan sepasukan
Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki berjaya menyambar jersi Raja Bukit pada perlumbaan peringkat kedua LTdl 2023.

Tidak puas hati keputusan juri, pertandingan dikir barat kecoh
Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam Sabtu kecoh apabila wujud ketidakpuasan hati terhadap senarai pemenang.
SPRM mungkin panggil Radzi Jidin - Azam Baki
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Wanita rugi lebih RM132,000 terperdaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terperdaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.