awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi lebih RM30,000 diperdaya skim tawaran kerja dalam talian

Bernama
Bernama
17/04/2025
11:00 MYT
Wanita rugi lebih RM30,000 diperdaya skim tawaran kerja dalam talian
Seorang wanita kerugian sebanyak RM30,200 akibat diperdaya sindiket tawaran kerja dalam talian. - Foto hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita kerugian sebanyak RM30,200 akibat diperdaya sindiket tawaran kerja dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 4 April lepas, mangsa yang berusia 39 tahun telah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang ingin memberi hadiah lampu solar sebagai penghargaan.
Beliau berkata bagi mendapatkan hadiah terbabit, mangsa perlu menyertai satu kumpulan WhatsApp yang menawarkan tugasan di platform e-dagang dengan komisen yang besar.
"Pada awalnya, mangsa telah membuat beberapa tugasan dan menerima bayaran yang dijanjikan.Namun, pada tugasan berikutnya mangsa tidak diberikan bayaran kerana didakwa lambat menyiapkan kerja diberi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azli berkata mangsa telah membuat enam kali transaksi kepada suspek berjumlah RM30,200 untuk mendapatkan komisen yang dijanjikan, namun masih gagal.
"Mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pagi semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita
#rugi
#tawaran kerja dalam talian
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan