awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi RM20,800 diperdaya pelaburan palsu

Bernama
Bernama
10/09/2021
07:58 MYT
Wanita rugi RM20,800 diperdaya pelaburan palsu
Wanita itu membuat pemindahan wang ke dalam akaun seorang individu sebanyak tujuh kali dengan jumlah keseluruhan nilai berjumlah RM20,800.
SEREMBAN: Seorang wanita mengalami kerugian RM20,800 akibat diperdaya pelaburan palsu dalam talian di Kuala Pilah dekat sini Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata, mulanya wanita itu menerima pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali yang menawarkan kerja menjual barangan secara dalam talian pada 4 September.
Beliau berkata, keesokan harinya wanita berusia 32 tahun itu menerima bayaran sebanyak RM230, kononnya kerana telah 'berjaya', sebelum suspek 'memancing' wanita itu untuk membuat satu pelaburan pada 6 September.
"Akibat percaya, wanita itu bersetuju dan kemudian membuat pemindahan wang ke dalam akaun seorang individu sebanyak tujuh kali dengan jumlah keseluruhan nilai berjumlah RM20,800.
"Kesemua wang itu dimasukkan susulan wanita itu dijanjikan keuntungan yang banyak, dan wanita itu ada menghubungi suspek pada 8 Sept lepas untuk meminta wang yang dijanjikan, sebelum nombor telefonnya disekat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Aibee berkata wanita itu membuat laporan polis pada hari yang sama setelah menyedari ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#mangsa
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan