awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi RM335,400 terperdaya skim pelaburan palsu

Bernama
Bernama
06/08/2025
04:10 MYT
Wanita rugi RM335,400 terperdaya skim pelaburan palsu
Seorang peniaga kerugian RM335,400 selepas terperdaya dengan skim pelaburan dalam talian tidak wujud. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang peniaga kerugian RM335,400 selepas terperdaya dengan skim pelaburan dalam talian tidak wujud.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, wanita berusia 53 tahun itu tertarik menyertai pelaburan terbabit selepas melihat iklan melalui Facebook pada 30 April lepas dan kemudian berhubung dengan individu memperkenalkan diri sebagai "Serena" melalui aplikasi WhatsApp.
"Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan diminta memuat turun satu aplikasi pelaburan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa telah membuat 22 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun bank berbeza antara 2 Jun hingga 23 Julai lepas yang didakwa untuk tujuan pelaburan.
Yahaya berkata, berdasarkan paparan dalam aplikasi itu, mangsa dipercayai memperoleh keuntungan pelaburan mencecah RM4.8 juta, namun diminta membuat bayaran komisen sebanyak 12 peratus atau RM221,670 untuk tujuan pengeluaran.
"Mangsa yang menggunakan wang simpanan untuk pelaburan mula menyedari ditipu apabila didesak membuat bayaran tambahan dan segera membuat laporan polis," katanya.
Sehubungan dengan itu, Yahaya mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat, khususnya diiklankan melalui media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pelaburan palsu
#pelaburan dalam talian
#scam
#keuntungan pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan