awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terengganu kembali banjir, 369 mangsa dipindahkan di tiga daerah
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi RM8,100 terpedaya beli emas di media sosial

Bernama
Bernama
15/12/2020
05:31 MYT
Wanita rugi RM8,100 terpedaya beli emas di media sosial
Sehingga semalam, mangsa mendakwa tidak menerima barang kemas yang dijanjikan dan semakan mendapati tiada pekerja bernama Farah di kedai emas berkenaan. - Gambar hiasan
KUANTAN:Seorang pekebun wanita berputih mata apabila keinginannya untuk memiliki seutas gelang tangan emas baharu tidak kesampaian malahan mengalami kerugian RM8,100 akibat ditipu individu yang menyamar sebagai pekerja sebuah kedai emas, minggu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa telah terpedaya membeli seutas gelang tangan berharga RM4,600 seberat 21 gram yang diiklankan di media sosial Facebook, pada 10 Dis lepas.
"Mangsa mendakwa telah menghantar pesanan ke akaun Facebook itu dan menerima pesanan WhatsApp daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Farah memberitahu akan menguruskan pembelian tersebut.
"Suspek meminta mangsa segera membuat bayaran dan mangsa kemudian memasukkan wang menerusi mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank pada pagi 11 Dis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa bagaimanapun mendakwa sekali lagi dihubungi suspek pada 12 dan 13 Dis bagi meminta tambahan bayaran atas alasan berat sebenar gelang emas itu ialah 31 gram dan kemudian bertambah lagi menjadi 38 gram.
Mangsa mendakwa telah membuat bayaran tambahan sebanyak RM3,500 sebanyak dua kali seperti diminta suspek sebelum dimaklumkan gelang itu akan dihantar menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran.
"Bagaimanapun sehingga semalam, mangsa mendakwa tidak menerima barangan itu seperti yang dijanjikan dan semakan di kedai emas berkenaan menerusi talian tetap mendapati mereka tidak mempunyai pekerja bernama Farah," katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin kira-kira 116 kilometer dari sini semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#media sosial
#jenayah
#polis
#siasatan
#suspek
#wanita
#bank
#CDM
#transaksi
#gelang tangan
#gelang emas
#syarikat penghantaran
#WhatsApp
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#menyamar
#kedai emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan