awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arteta dikritik sekat kreativiti Eze
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Terengganu kembali banjir, 369 mangsa di tiga daerah terjejas dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2025
22:40 MYT
[TERKINI] Terengganu kembali banjir, 369 mangsa di tiga daerah terjejas dipindahkan
Beberapa laluan utama di sekitar Kuala Terengganu ditutup akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi, ketika tinjauan di Jalan Kamaruddin pada Jumaat. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR : Banjir gelombang ketiga mula melanda negeri Terengganu dengan tiga daerah kembali terjejas susulan hujan berterusan di beberapa kawasan bermula tengah malam tadi.
Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga daerah terbabit ialah Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dengan 369 mangsa dipindahkan membabitkan 115 keluarga setakat 6 pagi Sabtu.
JKM turut memaklumkan, sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan semua mangsa.
Di Kuala Terengganu, 70 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Chendering.
Manakala dua PPS di Kuala Nerus melibatkan Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot,
Kedua-dua PPS ini menempatkan 299 mangsa daripada 93 keluarga.
Banjir juga dikatakan berlaku akibat fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan rendah termasuk penempatan dalam bandar dan beberapa jalan utama dilanda banjir kilat.
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#InfoBencana
#Kuala Terengganu
#banjir terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan