ALOR GAJAH: Seorang wanita kerugian RM85,700 akibat terperdaya dengan 'Love Scam' selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui Instagram sejak Julai lalu.
Mangsa merupakan ibu tunggal berusia 59 tahun dari Masjid Tanah dan tidak bekerja berkenalan dengan suspek melalui Instagram sebelum berhubung melalui WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, suspek memperkenalkan diri sebagai Ahmed Hashima dari Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata, suspek memberitahu akan mengirimkan hadiah mewah sebagai tanda persahabatan kepada mangsa seperti beg tangan berjenama, kasut berjenama, dompet berjenama, dua utas jam tangan berjenama, seutas rantai dan gelang tangan emas dan wang berjumlah AS$15,000.
Menurutnya, pada Ogos lalu mangsa menerima mesej melalui apliksi WhatsApp yang mendakwa dari Pos Laju Kuala Lumpur dan memaklumkan barang mangsa telah sampai dan diminta untuk membuat pembayaran kerana barangan tersebut mempunyai masalah.
"Disebabkan percaya, mangsa telah membuat bayaran secara berperingkat ke dalam empat akaun bank yang berbeza berjumlah RM85,700.
"Bagaimanapun setelah bayaran dibuat mangsa masih tidak menerima barangan tersebut, malah lelaki yang dikenalinya itu masih meminta wang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelas beliau, berikutan itu mangsa membuat laporan polis setelah mengesyaki diperdaya oleh individu terbabit.
Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu)," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Nov 26 2021

Seorang wanita kerugian RM85,700 akibat terperdaya dengan Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui Instagram sejak Julai lalu. - Gambar hiasan

MDEC buka permohonan Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR
MDEC buka permohonan untuk Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR edisi 2022 | Dagang News
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967781/thumbnails/30824897611653009649103_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Juruteknik rugi RM222,473 terpedaya 'love scam'
Wanita itu memberitahu mangsa bahawa dia akan menghantar bungkusan berisi wang sebanyak AS$1 juta (RM4.2 Juta).

Menyamar 'profesor', dalangi sindiket Love Scam dan edar dadah
Berdasarkan barang kes yang dirampas, sindiket terbabit dipercayai menjalankan kegiatan penipuan itu sejak enam bulan lalu.

Love Scam: Wanita warga emas lesap RM3.9 juta ditipu 'oppa' dari Korea
Mangsa terperdaya dengan cerita dan gambar yang disunting oleh suspek sepanjang perkenalan mereka menerusi media sosial.

Ibu tunggal rugi RM225,900 terpedaya dengan 'love scam'
Seorang ibu tunggal kerugian RM225,900 selepas menjadi mangsa 'love scam' atau penipuan cinta oleh lelaki yang dikenali menerusi laman Facebook sejak Oktober lepas.

Hari Kekasih: Jangan terpedaya dengan rakan di media sosial - Polis
Polis Sarawak mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpesona dengan gambar profil cantik atau tampan di media sosial, terutamanya ketika sambutan hari kekasih esok.

Pesara lesap lebih RM52,000 terperdaya 'love scam'
Wanita itu dihubungi suspek melalui Facebook dengan nama Nelson Michael Jr yang mendakwa dirinya berasal dari AS dan bekerja di Miri.

Kesedaran rendah, mudah percaya punca mangsa penipuan dalam talian di Perak
Tahap kesedaran yang rendah dan terlalu mudah percaya menyebabkan ramai individu, terutamanya wanita, menjadi mangsa penipuan dalam talian di negeri Perak.

Hasrat jadi isteri 'menteri' tidak kesampaian, wanita rugi 'modal' RM4,200
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.

Wanita rugi RM85,700 diperdaya lelaki AS
Mangsa merupakan ibu tunggal berusia 59 tahun dari Masjid Tanah dan tidak bekerja berkenalan dengan suspek melalui Instagram.

Penoreh getah wanita kerugian RM74,800 terpedaya 'love scam'
Seorang penoreh getah wanita berusia 63 tahun dan sudah berkahwin, mengalami kerugian sebanyak RM74,800, selepas terpedaya dengan 'love scam'.