awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 : Silibus Tabika, Tadika Kemas diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun
Indonesia wajibkan pensijilan halal untuk makanan, kosmetik mulai Oktober 2026
Myanmar laksana fasa terakhir pilihan raya di sebalik tindakan ASEAN tidak iktiraf proses itu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi RM91,000 akibat pelaburan tidak wujud di Kuching

Bernama
Bernama
25/01/2026
05:20 MYT
Wanita rugi RM91,000 akibat pelaburan tidak wujud di Kuching
Mangsa menyedari dirinya tertipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan itu berserta keuntungan dijanjikan. -Gambar hiasan
KUCHING: Seorang wanita tempatan berusia 35 tahun mengalami kerugian RM91,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata berdasarkan laporan pada 11 Jan lepas, mangsa telah ditawarkan satu pelaburan MGM melalui aplikasi Telegram oleh individu tidak dikenali yang menjanjikan keuntungan lumayan.
"Mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut kemudiannya diarahkan membuat pindahan wang ke akaun diberikan.
"Seterusnya, mangsa telah membuat lima transaksi pembayaran ke dalam lima akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM91,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata mangsa menyedari dirinya tertipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan itu berserta keuntungan dijanjikan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuching
#pelaburan
#kerugian RM91000
#Telegram
#pelaburan MGM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan