awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat makanan halal jadi 'pintu masuk' Malaysia ke pasaran global - Ahmad Zahid
Protes Minneapolis: Video baharu dedah Alex Pretti bantu mangsa jatuh sebelum ditembak
Cuaca panas, kurang hujan di Semenanjung berterusan hingga 31 Jan - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RPN 2026-2035 : Silibus Tabika, Tadika Kemas diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun

Bernama
Bernama
25/01/2026
07:00 MYT
RPN 2026-2035 : Silibus Tabika, Tadika Kemas diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun
Ahmad Zahid melawat reruai selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah QL Innofood Park di Hutan Melintang hari ini. - Foto Bernama
BAGAN DATUK: Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan terus mendidik kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun selaras Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata silibus Tabika dan Tadika Kemas, termasuk tadika perpaduan, akan diselaras dan diubah suai bagi memastikan kesinambungan ke kelas prasekolah untuk kanak-kanak lima tahun di bawah Kementerian Pendidikan.
"Mesyuarat Kabinet Jumaat lalu memutuskan prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan, di mana kanak-kanak berumur lima tahun diwajibkan mengikuti kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah lain di bawah kementerian," katanya kepada media selepas merasmikan pecah tanah syarikat QL Inno Food Parks Bagan Datuk di sini hari ini.
Ahmad Zahid menegaskan Kemas akan meneruskan kelas sedia ada, dengan kurikulum yang disesuaikan mengikut acuan semasa, selaras langkah penyelarasan pendidikan prasekolah.
Pada 19 Jan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan ke Tahun Satu mulai sesi persekolahan 2027, melalui pelancaran RPN 2026-2035.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pendidikan awal di bawah Kemas akan terus dipersiapkan secara teliti kerana institusi ini berperanan sebagai feeder classes (kelas persediaan) untuk kelas prasekolah lima tahun di bawah Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#TABIKA
#Tadika Kemas
#pendidikan kanak-kanak
#Ahmad Zahid Hamidi
#Rancangan Pendidikan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan