awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita, tiga kanak-kanak cedera kemalangan dengan kereta kebal ATM

Bernama
Bernama
10/08/2023
01:30 MYT
Wanita, tiga kanak-kanak cedera kemalangan dengan kereta kebal ATM
Anggota bomba membantu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai dan MPV di jalan menghala Taman Damai, sebelum Punggai, di Kota Tinggi, malam tadi. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di Kota Tinggi semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata seramai 15 anggota termasuk dari BBP Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada 8.28 malam.
Beliau berkata wanita yang berusia 54 tahun bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey.
Kereta kebal milik ATM yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai telah berlanggar dengan kenderaan MPV itu, katanya.
“Bagaimanapun, wanita dan tiga kanak-kanak terbabit tidak tersepit di dalam kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihaknya bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.
Beliau bagaimanapun menjelaskan dua anggota yang berada di dalam kereta kebal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kemalangan
#kereta kebal ATM
#Kota Tinggi
#kanak-kanak cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan