awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita tinggal kereta atas Jambatan Pulau Pinang sebelum terjatuh ke dalam laut

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2022
22:00 MYT
Wanita tinggal kereta atas Jambatan Pulau Pinang sebelum terjatuh ke dalam laut
Mangsa dikenali sebagai Kung Lai Im dipercayai meninggalkan kenderaan disyaki miliknya, jenis Perodua Myvi di atas jambatan. - Astro AWANI
GEORGE TOWN: Seorang wanita bertindak meninggalkan kenderaan miliknya di atas jambatan Pulau Pinang sebelum dipercayai terjun ke dalam laut di Kilometer 2.8 arah Perai menghala ke Pulau petang Jumaat.
Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 4.50 petang.
Beliau berkata, maklumat terima kemudian disalurkan kepada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi, seterusnya mengatur gerak aset bot PERKASA 1221 ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian wanita berusia 47 tahun itu.
Katanya, Operasi CARILAMAT diaktifkan pada jam 5.30 petang itu turut membabitkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Pasukan Polis Marin Batu Uban.
“Mangsa dikenali sebagai Kung Lai Im dipercayai dari Bukit Mertajam meninggalkan kenderaan disyaki miliknya, jenis Perodua Myvi di atas jambatan.
“Bagaimanapun, pencarian mangsa terpaksa ditangguhkan pada jam 7.30 malam tadi tanpa sebarang petunjuk dan usaha mencari akan disambung pada esok pagi jam 7.30 pagi," katanya dalam kenyataan semalam.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian atau kes kecemasan dan kemalangan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
Topic Berkaitan
#Jambatan Pulau Pinang
#terjun
#wanita
#carilamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan