KOTA KINABALU: Polis Sabah melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Sabah menahan seorang wanita tempatan dan tunangnya yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan jual beli kucing melalui media sosial Facebook melibatkan kerugian RM11,000.
JSJK Kontinjen Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek ditahan pada Isnin lepas (18 April) mengakui pemilik akaun Facebook terlibat dengan kes itu dan telah memberikan kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya kepada seorang lelaki yang juga tunangnya.
"Tangkapan susulan terhadap lelaki tersebut dilakukan dan hasil risikan mendapati lelaki berkenaan merupakan orang tengah kepada sindiket penipuan menggunakan akaun bank milik tunangnya untuk menerima wang kegiatan penipuan sebelum dipindahkan ke beberapa akaun luar negara," menurut kenyataan itu.
Suspek lelaki itu turut mengakui bekerjasama dengan sindiket luar negara untuk menjalankan aktiviti jenayah penipuan dengan menjadi perantara pindahan wang hasil daripada penipuan.
Orang awam diingatkan supaya tidak berkongsi kad ATM, maklumat perbankan dan lain-lain maklumat peribadi yang membolehkan mereka terlibat dengan jenayah penipuan secara tidak langsung.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Suspek lelaki itu turut mengakui bekerjasama dengan sindiket luar negara untuk menjalankan aktiviti jenayah penipuan dengan menjadi perantara pindahan wang hasil daripada penipuan.- Gambar hiasan/Sinar Harian

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Wanita, tunang ditahan kes tipu jual beli kucing RM11,000 di Facebook
Seorang wanita dan tunangnya ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes penipuan jual beli kucing melalui media sosial Facebook melibatkan kerugian RM11,000.