MELAKA: Setiap kali banjir melanda kawasan perumahannya di Taman Merdeka Jaya di sini, Siti Hasnah Husin, 52, terlebih dahulu akan memastikan keselamatan suaminya yang lumpuh sebelah badan.
Siti Hasnah berkata suaminya, Muslim Abdullah, 57, yang juga pesara kerajaan itu diserang angin ahmar tiga tahun lepas dan baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah dari wad hospital selepas mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman minggu lepas.
Katanya jiran-jiran membantu membawa suaminya keluar dari rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsan (SK) Taman Merdeka, Batu Berendam kira-kira pukul 12 tengah malam Ahad lepas.
"Tiap kali diuji dengan banjir, saya reda dan percaya pasti ada hikmah dengan dugaan ini, selain rasa bersyukur kerana jiran-jiran setaman sangat membantu dan mengambil berat antara satu sama lain.
"Layanan di PPS juga sangat baik...segala keperluan kami sentiasa mencukupi dan makanan yang disediakan juga sangat banyak selain rasa selesa dengan kemudahan di sini," katanya ketika ditemui pemberita di PPS itu, di sini, pada Selasa.
Siti Hasnah berkata mereka sekeluarga juga telah lali dengan kejadian banjir sejak tinggal di kawasan itu pada 2003 kerana hampir setiap tahun akan dinaiki air, ekoran terletak berdekatan sungai.
Katanya pengalaman menghadapi bencana itu sebelum ini membuatkan mereka sentiasa bersiap sedia untuk menyelamatkan dokumen penting, peralatan elektrik dan perabot.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Taman Merdeka Jaya, Azmi Torudin, 49, berkata beliau terpaksa meredah banjir ke PPS bersama isteri dan lima anaknya, walaupun baru sahaja menjalani rawatan patah tulang kaki dua minggu lepas.
"Setiap kali banjir kami sekeluarga terpaksa berpindah ke PPS, tetapi di sini juga selesa, layanan petugas sangat baik dan sentiasa bertanya khabar dan keperluan kami," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim menasihatkan supaya mangsa yang ditempatkan di PPS tidak terburu-buru pulang ke rumah.
Katanya mereka perlu memastikan rumah telah dibersihkan sepenuhnya dan boleh diduduki kerana ada sebahagian kawasan yang mengalami gangguan bekalan elektrik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
Siti Hasnah Husin (kiri) bersama suami Muslim Abdullah ketika ditemui di PPS SK Taman Merdeka Batu Berendam. -Bernama
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan
Sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, Ramanan segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.
Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.