awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga asing maut ditikam di Skudai

Bernama
Bernama
25/12/2023
07:00 MYT
Wanita warga asing maut ditikam di Skudai
Anggota polis forensik membawa barang siasatan dari rumah seorang wanita warga asing yang maut, dipercayai ditikam dengan objek tajam di sebuah rumah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, awal pagi semalam. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga asing maut, dipercayai ditikam dengan objek tajam di sebuah rumah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, di sini awal pagi semalam (Ahad).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian itu lebih kurang 4.35 pagi.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku lebih kurang 2.30 pagi, mangsa berusia 41 tahun disyaki ditikam dengan objek tajam.
Susulan itu, tidak sampai 24 jam kemudian, beliau berkata pihaknya menahan seorang perempuan warga asing berumur 41 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun.
"Lebih kurang 7.47 malam tadi, wanita tersebut ditahan di rumahnya manakala lelaki tersebut yang juga adik kepada mangsa ditahan di tempat pembuangan sampah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah.
"Turut dirampas sebilah pisau di lokasi kejadian," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.
Balveer Singh berkata kedua-kedua suspek akan dipohon reman hari ini.
Beliau memohon agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Wong Chee Hoong di talian 016-6943836.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau dipenjara minimum 30 tahun sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita maut ditikam
#warga asing
#Skudai
#polis Johor Bahru Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan