SHAH ALAM: Tindakan seorang warden mengedar dadah di Penjara Sungai Buloh mengundang padah apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, pada Selasa.
Mohd Elmy Arif Hamid, 40, menunduk selepas hukuman itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Nurulhuda Nur’aini Md Nor.
Dalam penghakimannya, Nurulhuda Nur’aini berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dengan anggapan mengedar dadah tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam, Zameri Mat Nawang dan Ilya Hakim.
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar dadah iaitu 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh di sini, pada jam 11 malam, 18 Jun 2019 lalu.
Hukuman dibuat mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Bagi pertuduhan ketiga, dia dihukum dua tahun penjara dan tiga sebatan kerana memiliki 4.25 gram dadah jenis heroin, mengikut Seksyen 39A (1) akta sama.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam bulan hingga setahun bagi tiga lagi pertuduhan iaitu memiliki 1 gram dadah Monoacetylmorphines dan ada dalam kawalannya dadah Etizolam (38.67 gram) serta Clozapine (50.8gram).
Dia didakwa bawah Seksyen 12(3) ADB 1952; Seksyen 30 dan 9 Akta Racun 1952.
Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara serentak dari tarikh tangkap iaitu 18 Jun 2019.
Perbicaraan kes yang bermula 24 Ogos 2021 telah memanggil sembilan saksi pendakwaan manakala di peringkat pembelaan, seramai tiga saksi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 31 2023
Tindakan seorang warden mengedar dadah di Penjara Sungai Buloh mengundang padah apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada Selasa. - Gambar SINAR HARIAN
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh.