MALAYSIA
Warden pusat tahfiz tampar pelajar kerana makan roti tanpa kebenaran didenda RM1,200

Tertuduh (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa atas pertuduhan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Seorang warden pusat tahfiz didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah menampar seorang pelajar lelaki dalam kejadian yang berlaku pada April lalu.
Ringkasan AI
- Hukuman terhadap tertuduh: Mohd Norzaizhul Zainudin didenda dan boleh dikenakan hukuman penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda, atas kesalahan mencederakan seorang pelajar tahfiz.
- Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan: Tertuduh didakwa kerana menampar pelajar lelaki berusia 16 tahun, dengan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000.
- Latar belakang insiden: Kejadian berlaku di asrama pusat tahfiz selepas warden marah apabila pelajar terbabit memakan roti tanpa kebenaran.
Tertuduh (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, Mohd Norzaizhul didapati dengan sengaja mencederakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dengan menampar bahagian kiri dan kanan muka mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di asrama pusat tahfiz terbabit kira-kira jam 3.45 petang pada 26 April lalu.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Masliela Ismail.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di daerah ini mendakwa cedera akibat ditampar oleh warden asrama selepas didapati memakan roti tanpa kebenaran.
Difahamkan, insiden itu berlaku selepas warden berkenaan berang apabila mengetahui mangsa memakan roti yang disediakan sebagai sarapan untuk pelajar pada keesokan harinya. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami