Warga asing masuk Malaysia perlu bayar caj kuarantin, ini 5 tumpuan kenyataan media PKPP

Isabelle Leong
September 24, 2020 06:46 MYT
Bermula Khamis, 24 September 2020, semua individu bukan warganegara yang masuk daripada semua pintu masuk antarabangsa negara perlu membayar caj penuh kuarantin pada kadar RM4,700. - gambar fail
Bermula Khamis, 24 September 2020, semua individu bukan warganegara yang masuk daripada semua pintu masuk antarabangsa negara perlu membayar caj penuh kuarantin pada kadar RM4,700.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (24 September 2020):
1) Seramai 137 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Daripada jumlah itu, seramai 111 individu dikompaun, 25 lagi direman dan satu dijamin.
3) Aktiviti yang melibatkan aktiviti dalam pub/kelab malam mencatatkan jumlah ditahan paling tinggi dengan 39, diikuti individu yang tidak menjaga penjarakan fizikal (32) dan mereka yang keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (25).
4) Semua individu bukan warganegara yang masuk daripada semua pintu masuk antarabangsa negara perlu membayar caj penuh kuarantin bermula Khamis, 24 September 2020.
5) Pihak berkuasa berjaya menahan 67 pendatang asing tanpa izin (PATI), lima tekong dan tiga penyeludup menerusi Operasi Benteng.
#antarabangsa #bukan warganegara #caj penuh #ditahan #ingkar PKP #ismail sabri yaakob #kuarantin #Menteri Kanan Pertahanan #pati #pendatang asing tanpa izin #PKP #PKPP