awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing sewa tanah, perlu kerjasama rentas kementerian - Mat Sabu

Seth Akmal
Seth Akmal
25/11/2025
04:30 MYT
Warga asing sewa tanah, perlu kerjasama rentas kementerian - Mat Sabu
Mohamad berkata, terdapat kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang menyewakan tanah mereka kepada warga asing. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mendedahkan terdapat kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang menyewakan tanah mereka kepada warga asing.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kekangan tersebut berlaku susulan tiada dokumentasi secara rasmi oleh pemilik tanah yang melakukan sewaan kepada warga asing.
“Terdapat kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap pemilik tanah disebabkan oleh penyewaan kepada warga asing tidak didokumentasikan secara resmi oleh pihak pemilik tanah tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Mohamad, penglibatan warga asing melibatkan kerja upah seperti menabur benih, membajak, meracun, melakukan semaian padi dan mengusahakan tanaman kontan di kawasan sawah.
Tambahnya, isu tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kebanjiran warga asing dalam isu ini memerlukan penyelesaian tadbir urus yang teliti dan melibatkan kerjasama rentas kementerian,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang).
Pada masa sama, Mohamad turut menyentuh mengenai hasil padi di Selangor mencatat 4.185 tan metrik sehektar pada 2024, menurun 8.56 peratus berbanding 4.577 tan metrik sehektar pada 2023, dengan Tanjung Karang antara kawasan terjejas.
Menurutnya, penurunan ini disebabkan pelbagai faktor termasuk serangan perosak seperti ulat pengorek batang dan benah perang, serta penyakit karah dan hawar daun, yang telah menyebabkan kehilangan hasil sehingga 80% di beberapa kawasan sawah sempadan.
Tambah beliau, fenomena cuaca ekstrem seperti kemarau, ribut dan banjir turut menjejaskan kestabilan pengeluaran.
Mohamad berkata, kementerian memperkasa aktiviti pengembangan di lapangan untuk menyampaikan teknologi terbaik dan maklumat terkini kepada pesawah, termasuk pengurusan risiko penyakit, cuaca, dan amalan pertanian cekap.
Beliau menambah, kolam tadahan Pari IV serta sistem pengairan di Paket 20, Sungai Haji Dorani dan Sungai Nipah dinaik taraf bagi memastikan bekalan air stabil dan pengagihan lebih berkesan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#Mat Sabu
#bekalan air
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan