KEMAMAN:Setiap tahun berdepan dengan bencana banjir membuat seorang warga emas mengambil keputusan membina sebuah jambatan bagi menghubungkan rumahnya di Kampung Batu 14, Kuala Tayor di sini dengan kawasan daratan yang lebih tinggi.
Jambatan kayu sepanjang kira-kira 20 meter itu dibina Karim Ismail sejak dua tahun lalu bagi memudahkan pergerakan menyelamat dia dan keluarga ketika rumah mereka dilanda banjir.
Dengan adanya jambatan itu, mereka tidak lagi perlu bergantung kepada perahu untuk bergerak dan berpindah ke pusat pemindahan banjir.
"Dulu sebelum ada jambatan ini saya dan keluarga bergantung kepada perahu untuk berpindah. Tetapi dua tahun lepas saya ambil keputusan membina jambatan ini.
"Ia bukan sahaja memudahkan saya tetapi juga usaha menyelamat kami sekeluarga ketika banjir lebih cepat dan berkesan," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Karim memberitahu, pembinaan jambatan setinggi 2.8 meter itu juga menelan belanja RM2,000.
Bukan itu sahaja bapa kepada tujuh cahaya mata ini juga menyediakan ruangan khas yang tinggi untuk menyimpan barang berharga daripada rosak akibat bencana alam itu.
"Ya saya sediakan juga ruang khas yang lebih tinggi untuk simpan barang berharga sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara.
"Semua ini saya belajar dari bencana banjir yang sangat teruk sekitar tahun 2012 hingga 2014. Jadi saya melihat ada keperluan untuk membuat ruangan khas ini," katanya.
Bencana banjir kembali melanda Terengganu pada Khamis lalu menyebabkan keluarga Karim terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir buat kali kedua.
Astro Awani
Tue Dec 22 2020
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Warga emas bina jambatan mudahkan pergerakan ketika banjir
Seorang warga emas mengambil keputusan membina sebuah jambatan bagi menghubungkan rumahnya di Kampung Batu 14, Kuala Tayor di sini dengan kawasan daratan yang lebih tinggi.