awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/07/2022
03:20 MYT
Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar
Ng Chun Ming (tengah) didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya, minggu lalu.
Tertuduh, Ng Chun Ming, 61 tahun, mengangguk faham apabila kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia melibatkan kes bunuh.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki, Ng Chun Hon, 64 tahun.
Dia turut dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang wanita, Ooi Tin Lu, 59 tahun.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Ipoh antara jam 6.45 petang 6 Julai hingga 8.20 pagi, 7 Julai lalu.
BACA: Warga emas disyaki bunuh abang, kakak ipar didakwa esok
BACA: Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu
BACA: Identiti suami isteri dibunuh dikenal pasti, adik mangsa diburu
Warga emas itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 September sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan laporan forensik dan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Khamis lalu, media melaporkan pasangan suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh.
Suspek kemudiannya berjaya diberkas di Genting Highlands, Pahang, kira-kira jam 7.45 malam hari yang sama, 11 jam selepas polis menerima laporan mengenainya.
Topic Berkaitan
#warga emas
#kes bunuh
#Taman Bercham Aman
#bunuh abang dan kakak ipar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan