awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didakwa cabul kanak-kanak

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
05/01/2023
07:38 MYT
Warga emas didakwa cabul kanak-kanak
Seorang peniaga kedai runcit, Talib Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan. - Gambar Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kedai runcit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Talib Ali, 69, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tujuh bulan.
Kesalahan itu dilakukan pada 31 Disember lalu di sebuah kedai di daerah Kuala Terengganu, pukul 5 petang.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Topic Berkaitan
#warga emas
#cabul kanak-kanak
#Peniaga kedai runcit
#amang seksual fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan