awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan

Bernama
Bernama
07/05/2023
14:18 MYT
Warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan
Suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook Nong Mazlan itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, semalam.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki memuat naik tiga hantaran di Facebook bersifat provokasi dan berunsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook Nong Mazlan itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, semalam.
Beliau berkata dalam kenyataan malam ini, PDRM turut merampas dua telefon bimbit yang disyaki memuat naik tiga hantaran berkenaan di Facebook.
"Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan.
"Selain itu, ia turut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.
Noorsiah berkata suspek direman selama tiga hari iaitu bermula hari ini sehingga Rabu ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Menurutnya, PDRM menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja dan seumpamanya yang boleh membawa kepada ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#Facebook
#hasutan
#provokasi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan