awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemui lemas di Lubuk Degong

Aida Aziz
Aida Aziz
05/04/2022
13:34 MYT
Warga emas ditemui lemas di Lubuk Degong
Mangsa dikenali sebagai Teng Son Min, 59, beralamat di Taman Civil, Bidor itu ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 3.05 petang. - Gambar/ JBPM
TAPAH: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terapung di kawasan rekreasi Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor di sini, pada Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Teng Son Min, 59, beralamat di Taman Civil, Bidor itu ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 3.05 petang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Wan Azharuddin Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan telah meninggal dunia dipercayai akibat lemas.
"Hasil siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah terletak di hujung kawasan Perkampungan Orang Asli Kampung Chang.
"Saksi di tempat kejadian berkata ternampak satu tubuh badan dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri, lalu dia terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan," katanya pada Selasa.
Wan Azharuddin berkata, pasukan perubatan yang hadir di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Katanya lagi, pemeriksaan di kawasan berkenaan mendapati sepasang selipar disyaki milik mangsa ditemui di atas jambatan besi dalam keadaan rapi.
"Pemeriksaan tubuh badan dalam keadaan baik. Tiada apa-apa kesan yang boleh dikaitkan dengan kematian si mati," jelasnya.
Tambahnya, selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh, bedah siasat akan dibuat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.
Topic Berkaitan
#warga emas
#lemas
#Air Terjun Lubuk Degong
#Bidor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan