awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemui maut dalam bilik air di rumah

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2019
22:31 MYT
Warga emas ditemui maut dalam bilik air di rumah
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat. - Astro AWANI
Seorang warga emas ditemui meninggal dunia di dalam bilik air rumahnya di Permatang Bertam, di sini pada Jumaat.
Mangsa yang dikenali sebagai Che Jamilah Ahmad, 72 tahun, ditemui oleh anak lelakinya yang pulang ke rumah kira-kira jam 7 petang.
Menantu mangsa, Norhayati Nordin, 35 tahun, memaklumkan dia menerima panggilan daripada abangnya yang memaklumkan keadaan ibu mertuanya sebelum bergegas pulang ke rumah.
"Saya menantu kepada arwah. Saya dapat panggilan daripada abang yang menyatakan emak jatuh di bilik air. Kemudian saya hubungi 999 memaklumkan untuk minta bantuan.
"Apabila saya sampai, saya nampak keadaan emak begitu, jatuh dalam bilik air. Pihak perubatan mengesahkan arwah sudah tiada lagi," kata Norhayati.
Menurutnya, mereka sekeluarga menunggu sehingga siasatan polis selesai bagi mengetahui sama ada kematian warga emas itu mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#bilik air
#jenayah
#Kepala Batas
#maut
#rumah
#siasatan
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan