awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh

Bernama
Bernama
14/03/2025
10:15 MYT
Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Hasil siasatan awal pihak forensik mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan mangsa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata mayat lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditemukan seorang wanita tempatan kira-kira 3 petang selepas menghidu bau busuk dari rumah mangsa.
"Hasil siasatan awal pihak forensik mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Wan Azlan berkata hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbit mangsa tidak dijumpai namun tiada barangan lain yang hilang dari rumah berkenaan.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP R. Ray Erindra Raj di talian 019-6616640 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#ditemukan maut
#dipercayai dibunuh
#Kampung Baru Puchong
#bau busuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan