awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
26/06/2023
13:50 MYT
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Seorang lelaki warga emas ditemukan maut di sebuah rumah yang berkunci di Taman Pinji Mewah, pada Isnin. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut di sebuah rumah yang berkunci di Taman Pinji Mewah dekat sini, pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, hasil maklumat daripada pihak polis mendapati, terdapat seorang lelaki berusia sekitar 80an berada di sebuah rumah yang berkunci di taman perumahan berkenaan.
“Dalam khidmat khas berkenaan, pasukan bomba telah memecahkan pintu rumah berkenaan dari luar dengan peralatan khas.
“Pasukan bomba menemukan seorang mangsa yang tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital yang tiba di lokasi.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, khidmat khas yang diketuai Komander Operasi, Azmil Kamaruddin itu tamat pada jam 1.50 tengah hari.
Topic Berkaitan
#warga emas
#rumah berkunci
#Taman Pinji Mewah
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan