Skip to main content

Malaysia

Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kota Bharu

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya di kawasan Pasar Gok Kapor dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini terbakar malam Khamis.
Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal berukuran kira-kira 30x50 kaki, dengan anggaran 95 peratus struktur rumah musnah terbakar. - Gambar ihsan JBPM
Advertisement

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya di kawasan Pasar Gok Kapor dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, terbakar malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Mohd Ridzuan Baharudin berkata, mangsa, Kang Choo Hock, 66, ditemukan di dalam bilik air pada 9.37 malam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pada 8.43 malam sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira lima kilometer dari BBP Kota Bharu pada 8.52 malam.

“Berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal berukuran kira-kira 30x50 kaki, dengan anggaran 95 peratus struktur rumah musnah terbakar. Operasi berjaya dikawal pada 9.24 malam dan pasukan masih menjalankan tindakan lanjut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Ridzuan berkata, operasi pemadaman menggunakan dua aliran pam jentera dengan empat pancutan air sepanjang 300 kaki melibatkan 35 anggota daripada BBP Kota Bharu, BBP Kota Darul Naim dan BBP Pengkalan Chepa serta aset tiga jentera FRT, sebuah lori tangki dan sebuah Proton Arena.

Sementara itu, saksi yang membuat panggilan kecemasan, On Peng Lun, 33, berkata, dia bersama saudara mangsa ketika kejadian sebelum mereka menghubungi bomba dan bergegas ke lokasi.

Katanya, mangsa dipercayai berseorangan ketika kejadian dan mungkin tidak sempat menyelamatkan diri selepas api marak dengan cepat.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement