awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas: Dos penggalak COVID-19 secara walk-in di 4 PPV bermula Rabu

Bernama
Bernama
17/01/2022
13:49 MYT
Warga emas: Dos penggalak COVID-19 secara walk-in di 4 PPV bermula Rabu
Kesemua PPV itu beroperasi setiap hari kecuali cuti umum bermula 2 petang hingga 8 malam, kecuali PPV Dewan Soka Gokkai yang beroperasi dari 12 tengah hari hingga 4 petang. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Perkhidmatan vaksinasi dos penggalak COVID-19 secara jumpa terus bagi warga emas, ditawarkan di empat pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang bermula Rabu ini.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini menyatakan empat PPV tersebut adalah PPV World Trade Centre dan PPV Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, serta PPV Ideal Convention Centre di Shah Alam dan PPV Integrasi di Dewan Soka Gakkai, Klang di Selangor.
Kesemua PPV itu beroperasi setiap hari kecuali cuti umum bermula 2 petang hingga 8 malam, kecuali PPV Dewan Soka Gokkai yang beroperasi dari 12 tengah hari hingga 4 petang.
Kenyataan KKM itu menyatakan sehingga semalam, liputan vaksinasi dos penggalak bagi warga emas, iaitu individu berumur 60 tahun dan ke atas, di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak telah mencapai lebih 70 peratus.
"Untuk makluman, warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang telah menerima dos lengkap selepas tempoh tiga bulan daripada dos terakhir, adalah layak untuk menerima dos penggalak.
"Warga emas yang ingin hadir secara 'walk-in' adalah dimohon agar mempunyai sijil vaksinasi digital yang lengkap di dalam MySejahtera, bagi melancarkan proses vaksinasi," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan itu menyatakan PPV 'Offsite' di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak juga, akan melaksanakan perkhidmatan vaksinasi secara jumpa terus kepada warga emas mulai 24 Jan ini.
Senarai lengkap PPV 'Offsite' yang terlibat akan diumumkan pihak ProtectHealth Corporation.
Dalam pada itu, KKM dalam kenyataan itu menyatakan buat masa ini, janji temu di PPV Integrasi di Lembah Klang diberikan kepada individu yang telah menerima dos lengkap AstraZeneca atau Sinovac, untuk diberikan dos penggalak vaksin AstraZeneca.
Bermula Rabu ini juga, vaksin Pfizer akan dibekalkan di PPV tersebut, khusus bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu, atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#dos penggalak
#walk-in
#ppv lembah klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan