awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hilang ditemui meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2022
20:20 MYT
Warga emas hilang ditemui meninggal dunia
Kehilangan warga emas itu yang juga dikenali sebagai Mak Cik Senah disedari pada 6 Disember lepas oleh anak bongsunya. - Foto Sinar Harian
TAMPIN: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang pada 7 Disember lepas, Aliah Omar, 74, ditemui maut di kebun kelapa sawit peringkat 3 Felda Sungai Kelamah, Gemas di sini pada petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pada jam 5.30 petang pihaknya menerima maklumat dari anggota Pondok Polis Sungai Kelamah mengenai seorang penduduk menjumpai rangka tulang disyaki manusia yang telah reput ketika sedang mengembala lembu di kawasan itu.
"Hasil siasatan dan pengecaman dibuat oleh anak si mati berdasarkan pakaian dijumpai bersama rangka mayat tersebut dipercayai adalah ibunya yang dilaporkan hilang sebelum ini.
"Rangka mayat berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk tujuan bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Media pada Isnin melaporkan sebuah keluarga di Felda Sungai Kelamah di sini tidak putus berdoa dan berharap keajaiban supaya ibu mereka yang dilaporkan hilang sejak 7 Disember lepas, ditemui segera dalam tempoh terdekat.
Kehilangan warga emas itu yang juga dikenali sebagai Mak Cik Senah disedari pada 6 Disember lepas oleh anak bongsunya Che Roshidee Che Harun, 32, kira-kira jam 3 petang selepas sarapan pagi yang dibawanya tidak terusik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas hilang
#maut
#kebun kelapa
#Tampin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan