NATIONAL
Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas

Jasad mangsa ditemukan pagi ini oleh orang awam kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dipercayai terjatuh. -Bernama
KUANTAN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika memancing di kawasan jeti Kampung Menchali, Jalan Muadzam Shah-Rompin semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Ringkasan AI
- Saari Awang, 68, yang dilaporkan hilang ketika memancing di jeti Kampung Menchali, ditemukan lemas pagi ini oleh orang awam kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dipercayai terjatuh.
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam, dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, menggunakan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
- Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan selanjutnya. Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus semasa memancing.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan selanjutnya.
Salahuddin berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Semalam, Saari dari Felda Keratong, Muadzam Shah dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing dan dipercayai hanyut dibawa arus.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami