awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas Indonesia sah mati akibat rabies di Kuching

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2018
23:43 MYT
Warga emas Indonesia sah mati akibat rabies di Kuching
Kes berkenaan disahkan rabies tetapi tidak termasuk dalam statistik Malaysia kerana pesakit digigit anjing di Indonesia. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa seorang warga Indonesia telah meninggal dunia akibat wabak rabies di sebuah hospital swasta di Kuching, Sarawak pada Isnin dan pesakit tidak dijangkiti di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam satu kenyataan, wanita berusia 69 tahun itu telah digigit anjing peliharaannya pada bahagian kaki kirinya September lepas di Indonesia dan telah mendapatkan rawatan di sana.
"Namun keadaan pesakit bertambah teruk dan kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di Kuching dan dirawat di Unit Rawatan Rapi.
"Malangnya beliau telah meninggal dunia pada 17 Dis dan keputusan ujian makmal yang diterima pada 18 Dis adalah positif rabies," katanya.
Pada Isnin, portal Utusan Borneo Online melaporkan seorang mangsa rabies Indonesia mati di Kuching setelah digigit anjing peliharaannya kira-kira tiga bulan lepas.
Dr Noor Hisham berkata kes disahkan rabies ini tidak termasuk dalam statistik kes di Malaysia kerana pesakit digigit di Indonesia.
Ole itu, katanya, kes rabies di Sarawak sejak pengisytiharan wabak tersebut pada 1 Julai 2017 kekal 16 orang termasuk 15 kematian, dengan kes terakhir pada 10 Dis lepas.
Notifikasi kes tersebut telah dibuat kepada Kementerian Kesihatan Indonesia melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point Malaysia-Indonesia.
KKM akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak berkuasa Indonesia untuk mengawal rabies dalam kalangan anjing khususnya di sempadan, tambahnya.
Topic Berkaitan
#anjing
#Indonesia
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#Kuching
#mangsa
#meninggal dunia
#Noor Hisham Abdullah
#rabies
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan