awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas kemurungan positif COVID-19 dipercayai bunuh diri

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/01/2021
14:26 MYT
Warga emas kemurungan positif COVID-19 dipercayai bunuh diri
Siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan polis percaya lelaki itu membunuh diri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Seorang lelaki warga emas yang mengalami kemurungan selepas disahkan positif COVID-19 ditemui mati di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, mangsa berusia 66 tahun itu membuat dua ujian saringan COVID-19 pada 7 serta 18 Januari dan kedua-duanya didapati positif.
"Mangsa dilaporkan telah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan COVID-19 dan mengajak isterinya ke bank untuk memindahkan wang sebanyak RM40,000 untuk tujuan rawatan COVID-19, pada Jumaat.
"Menurut isterinya, mangsa kerap mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung apabila disahkan positif COVID-19, malah sering berkata lebih baik mati daripada sakit seperti ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Razali berkata siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan polis percaya lelaki itu membunuh diri.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Grafik Astro AWANI
Grafik Astro AWANI

Orang ramai di negara ini dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-76272929 atau e-mel kepada [email protected] selain di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.
Topic Berkaitan
#warga emas
#positif COVID-19
#Kemurungan
#bunuh diri
#Seri Kembangan
#polis
#bedah siasat
#kos rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan