MALAYSIA
Tidak puas hati isu harta, anak kandung tikam bapa hingga maut

Mangsa berusia 62 tahun ditemukan dengan kecederaan parah di muka dan kepala dipercayai ditikam anaknya sendiri. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 24 tahun bertindak menikam bapanya hingga maut selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu harta keluarga dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, di sini, awal pagi Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai menikam bapanya hingga maut di Bandar Permaisuri, Cheras, akibat perselisihan berkaitan isu harta keluarga.
- Mangsa berusia 62 tahun ditemukan dengan kecederaan parah di muka dan kepala, dan mayatnya dihantar ke HCTM Cheras untuk bedah siasat.
- Suspek direman tujuh hari bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan orang ramai diminta tampil membantu siasatan jika mempunyai maklumat.
Ridzuan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan seorang penganggur yang juga anak mangsa bagi membantu siasatan.
"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dibenarkan selama tujuh hari, bermula 13 hingga 19 September,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami