awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas mengaku tidak bersalah tumbuk muka adik ipar

Bernama
Bernama
31/07/2025
09:45 MYT
Warga emas mengaku tidak bersalah tumbuk muka adik ipar
Wan Nordy Wan Mohd, 69, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Bekeri Abd Kadir, 66, di sebuah rumah di Perumahan JPN Semut Api, Jalan Jaya Setia, di sini pada 6.30 petang 4 April lepas. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang warga emas hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menumbuk muka adik iparnya pada April lepas.
Wan Nordy Wan Mohd, 69, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Bekeri Abd Kadir, 66, di sebuah rumah di Perumahan JPN Semut Api, Jalan Jaya Setia, di sini pada 6.30 petang 4 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam Nur Hashikin Mohd Hanapi.
Terdahulu, Ahmad Naabil tidak menawarkan sebarang jaminan manakala Nur Hashikin memohon jumlah rendah mengambil kira keadaan kesihatan dan usia anak guamnya.
Majistret Rais Imran Hamid membenarkan Wan Nordy diikat jamin sebanyak RM5,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati, menghampiri dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pukul
#warga emas
#tumbuk muka adik ipar
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan