Seorang lelaki warga emas bersyukur kerana tidak terpedaya dengan tipu helah seorang lelaki yang menghubunginya mendakwa sebagai ejen untuk membuat tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD).
Hanya ingin dikenali sebagai Rahim, 60, beliau berkata lelaki berkenaan menghubunginya beberapa hari lepas untuk menawarkan perkhidmatan membuat tuntutan WTD dengan bayaran RM1,000.
"Saya terkejut bila dihubungi kerana katanya saya layak membuat tuntutan untuk akaun insurans lama. Mujur saya tidak mudah terpengaruh sebaliknya saya datang sendiri ke sini membuat semakan tanpa sebarang bayaran.
"Saya dimaklumkan saya tidak mempunyai sebarang WTD," katanya ketika ditemui Bernama di Jabatan Akauntan Negara negeri Perak di sini, pada Jumaat.
Seorang pegawai Unit WTD yang enggan dikenali berkata jabatan berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk membuat tuntutan WTD.
Beliau berkata orang ramai yang merasakan mereka mempunyai akaun bank lama atau insurans boleh datang membuat semakan dengan hanya mengisi borang disediakan dan kad pengenalan.
"Kakitangan unit ini akan membuat semakan dalam masa 10 hingga 15 minit dan memaklumkan keputusan kepada pemilik akaun.
"Jika mereka ada WTD, kakitangan di sini akan memberi penerangan untuk langkah-langkah seterusnya dalam membuat tuntutan termasuk keperluan mendapatkan pengesahan daripada bank atau syarikat berkaitan," katanya.
Seorang anggota tentera, Mohammad Shafiq Ahmad Puad, 25, berkata dia mengetahui mengenai perkara itu yang tural di laman sosial Facebook.
Walaupun tiada sebarang WTD yang layak dituntut olehnya namun, beliau berasa puas hati kerana membuat semakan dan akan meminta anggota keluarga yang lain berbuat demikian.
Bagi Hanisah Supian,41, beliau hanya layak menuntut sebanyak RM101 daripada dua akaun bank.
"Saya pun lupa yang saya pernah ada akaun dengan bank berkenaan tapi saya bersyukur dengan apa yang ada. Tak rugi semak," katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai komputer di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2017
Orang ramai berpusu-pusu ke kaunter semakan Wang Tak Dituntut (WTD). -Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Tuntutan semula WTD mencecah RM3.4 billion sehingga 31 Mei 2023 - Kementerian Kewangan
Dewan Rakyat hari ini diberitahu jumlah tuntutan semula Wang Tidak Dituntut (WTD) terkumpul adalah sebanyak RM3.4 billion sehingga 31 Mei 2023.
RM5.8 bilion wang tidak dituntut direkodkan setakat Disember 2017
Sejumlah RM5.8 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) direkodkan sehingga Disember tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.
Warga emas nyaris ditipu 'ejen' Wang Tidak Dituntut
Rahim berkata lelaki berkenaan menghubunginya beberapa hari lepas untuk menawarkan perkhidmatan membuat tuntutan WTD dengan bayaran RM1,000.