Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Warga emas rentung dalam kebakaran di Sarikei

Rudi Affendi Khalik 15/11/2025 | 23:10 MYT
Operasi pemadaman dilakukan selepas pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah malam dan berjaya mengawal api dalam tempoh 46 minit. - Foto JBPM Sarawak
SARIKEI: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Jalan Minah, awal pagi Ahad.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Minah, Sarawak, awal pagi Ahad.
  • Operasi pemadaman dilakukan selepas pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah malam dan berjaya mengawal api dalam tempoh 46 minit.
  • Rumah yang musnah didiami enam penghuni, lima selamat manakala mayat lelaki warga emas ditemui dalam keadaan rentung selepas operasi pencarian pada jam 2.18 pagi.


Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Laksamana Pertama Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah malam dan segera menggerakkan dua jentera bersama 15 anggota dari Balai Bomba Sarikei dan Bintangor ke lokasi kejadian.

“Pasukan tiba empat minit kemudian dan mendapati api telah memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah tidak kekal, sebuah stor penyimpanan serta dua kenderaan,” katanya.

Operasi pemadaman berdepan cabaran akibat tekanan air rendah, namun api berjaya dikawal dalam tempoh 46 minit sebelum kerja penyejukan dimulakan.

Rumah berkenaan didiami enam penghuni, namun hanya lima berada di rumah ketika kejadian.

Empat berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lelaki warga emas dipercayai terperangkap.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan rentung di bawah timbunan kebakaran di bilik tidur pada jam 2.18 pagi selepas operasi pencarian intensif dijalankan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambah Tiong.







#kebakaran #warga emas #rentung #terperangkap