awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rentung, lori terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Utara Selatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/11/2025
01:15 MYT
Warga emas rentung, lori terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Utara Selatan
Anggota mengeluarkan mayat yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 254 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Kuala Kangsar, awal pagi ini. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang warga emas rentung apabila lori kontena yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 254 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Kuala Kangsar, awal pagi ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 3.19 pagi.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah lori kontena sejuk beku jenis Volvo dengan muatan sayuran yang terbabas ke tepi jalan lalu terbakar.
“Bahagian hadapan lori terbakar 90 peratus manakala bahagian belakang terbakar 20 peratus.
“Kebakaran melibatkan seorang mangsa lelaki berumur 64 tahun di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan size up seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula, air tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Shazlean berkata, mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar selepas merujuk kepada keadaan fizikal mangsa yang telah rentung.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Menurutnya, mayat dikeluarkan menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang membabitkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya tamat jam 5.07 pagi.
Anggota mengeluarkan mayat yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 254 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Kuala Kangsar, awal pagi ini. - Foto JBPM Perak
Anggota mengeluarkan mayat yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 254 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Kuala Kangsar, awal pagi ini. - Foto JBPM Perak
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#kemalangan maut
#warga emas rentung
#lori terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan