KUANTAN:Seorang wanita warga emas mendakwa kerugian RM61,500 selepas terpedaya dengan kata-kata manis lelaki yang hanya dikenalinya di laman sosial Facebook selama beberapa bulan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 73 tahun mendakwa mula berkenalan dengan suspek sekitar April dan hubungan itu semakin rapat sehingga menjadi pasangan kekasih.
"Mangsa mendakwa pada penghujung November lepas, suspek menyatakan hasrat untuk meminjam wang sebanyak RM100,000 kerana berdepan masalah kewangan dan memberi jaminan akan memulangkannya kembali apabila keadaan semakin baik.
"Atas dasar percaya, mangsa meminjamkan wang RM61,500 yang dimasukkan ke dalam akaun diberikan suspek menerusi mesin deposit tunai (CDM) sebanyak empat kali dengan transaksi terakhir dibuat pagi semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa hanya mengetahui dirinya ditipu selepas dihubungi pihak bank pada petang semalam, bagi membuat semakan selepas melihat transaksi pengeluaran simpanan dalam jumlah yang besar.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bentong kira-kira 162 kilometer dari sini semalam dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020

Mangsa meminjamkan wang RM61,500 yang dimasukkan ke dalam akaun diberikan suspek menerusi mesin deposit tunai (CDM). - Gambar hiasan

Kerajaan pertimbang pergerakan rentas negeri ikut zon - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan termasuk dari segi penguatkuasaan.

Malaysia Airlines ke arah pemulihan - Khazanah
Industri penerbangan di Malaysia mempunyai situasi terlebih bekalan untuk jangka masa yang sangat lama, ini menyebabkan penyatuan tidak dapat dielakkan.

Sarawak Pay ke peringkat global
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.

Setahun Malaysia Prihatin, Kementerian Kerja Raya capai KPI 99 peratus
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari
Reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pelajar IPT terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham
Kesemua pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) dikecualikan daripada bayaran fi bagi ujian pengesanan COVID-19.
![AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893689/24668264051614857265473_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. 361 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, Miri catat angka tertinggi 2. Perlu 'SWAB test' tiga hari sebelum memasuki Sarawak 3. Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Hubungan Bersatu-UMNO: Ada keputusan, Setiausaha Agung akan umum - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893687/24668264031614856105533_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

Misteri titisan darah dari siling terjawab
Misteri titisan darah menitis dari atas siling bilik setor milik seorang penghuni tingkat tiga flat perumahan, akhirnya membongkar rahsia dengan penemuan mayat seorang lelaki yang mulai mereput.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: Mangsa sempat berhubung dengan suami ketika terperangkap
Zakiah Yaakop, 51 , merupakan seorang daripada lima mangsa yang terperangkap dalam sebuah van kilang yang dihempap runtuhan struktur besi.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 'Jangan buat spekulasi' - Menteri Kerja Raya
Fadillah mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berkenaan kejadian dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Runtuhan struktur besi binaan SUKE: 2 mangsa disahkan maut, 3 selamat - Polis
Dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, empat hingga lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak itu.

Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.

Pemandu pacuan empat roda rempuh penyelenggara jalan sehingga maut dicari
Mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian dalaman badan selepas dipercayai dirempuh daripada belakang dengan kendaraan itu.

Budak 2 tahun maut, lemas dalam besen rumah pengasuh
Nenek mangsa berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa cucunya itu selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya.

Tiga petugas media wanita mati ditembak di Afghanistan
Ketiga-tiga mangsa merupakan lulusan sekolah tinggi, berumur antara 18 dan 20 tahun, bekerja di bahagian dubbing suara, stesen penyiaran Enikas TV.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Lebih selesa daripada rumah asal - Penerima kediaman kurniaan Agong
Warga emas, Ramlah Hitam tidak pernah menyangka dirinya berpeluang memiliki sebuah rumah yang sangat selesa, pada usianya yang disifatkan 'sudah senja'.