awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas usahakan kebun untuk sara hidup

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/04/2019
23:48 MYT
Warga emas usahakan kebun untuk sara hidup
Mereka akan turun ke kebun berkeluasan tiga hektar seawal 7 pagi setiap hari. - Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
Kegigihan sekumpulan lapan warga emas dan ibu tunggal di Kampung Relak, Kuala Balah, Jeli, Kelantan wajar dicontohi apabila mengusahakan kebun tembikai untuk menyara kehidupan keluarga.
Seramai enam wanita merupakan warga emas dan ibu tunggal yang kematian suami, manakala dua orang lagi isteri mengganti tugas suami yang sakit menjadi petani untuk mencari rezeki.
Aktiviti bertani dan berkebun merupakan nadi kehidupan wanita berkenaan sejak berpuluh tahun lalu dan kebanyakannya masih menggunakan pertanian cara tradisional.
Seawal pukul 7 pagi setiap hari, petani wanita berkenaan akan turun ke kebun berkeluasan tiga hektar untuk melakukan aktiviti seperti membuang rumpai dan memetik buah tembikai.
Mereka masih lagi menggunakan cara pertanian tradisional apabila menggunakan cangkul dan mengangkut air daripada sungai berhampiran untuk sumber perairan tanaman buah tembikai.
Bagaimanapun, mereka kini berdepan cabaran apabila cuaca panas berpanjangan sejak awal tahun ini menyebabkan tanaman buah tembikai mereka kurang mengeluarkan hasil.
Setiap hari mereka hanya dapat memetik 100 kilogram hasil buah tembikai berbanding 150 kilogram sebelum ini.
"Mengusahakan kebun ini susah sikit kerana hanya seorang sahaja bekerja. Kadang-kadang ada dua orang. Kami menanam timun, jagung dan keledek.
"Semasa musim panas ini, tanaman kami tidak mengeluarkan banyak hasil kerana masalah air tidak mencukupi," kata salah seorang petani warga emas, Jamilah Abdullah.
Menurut Robiah Mohd Zain pula sebelum ini mereka dapat memetik sehingga 2,800 biji buah tembikai dan ini berbeza pada tahun ini.
"Tahun ini baru dapat petik 200 biji. Modal pun tak dapat balik sebab modal lebih RM1,000. Ini akibat musim kemarau," jelasnya.
Mereka juga berharap agar pihak berwajib membantu menyediakan saluran pam air, baja dan benih bagi kemudahan mereka bertani.
"Makcik nak minta bantuan plastik, biji benih, baja dan kalau boleh enjin air supaya kami tidak perlu mengangkat air dengan menggunakan baldi," kata Rokiah Hamid.
Aktiviti menanam tembikai dilakukan pada bulan Februari lalu dijangka mengeluarkan hasil selepas dua bulan setengah.
Selepas itu mereka akan menggantikan tanaman tembikai dengan mengusahakan tanaman lain seperti jagung dan ubi keledek.
Topic Berkaitan
#Kampung Relak
#kebun
#kemarau
#petani
#tembikai
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan