awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dan 15 negara suarakan kebimbangan keselamatan Flotila Sumud Global menuju ke Gaza

Bernama
Bernama
16/09/2025
21:00 MYT
Malaysia dan 15 negara suarakan kebimbangan keselamatan Flotila Sumud Global menuju ke Gaza
Menteri-Menteri Luar yang menandatangani kenyataan itu adalah dari Bangladesh, Brazil, Colombia, Indonesia, Ireland, Libya, Malaysia, Maldives, Mexico, Pakistan, Qatar, Oman, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol dan Turkiye. - Gambar Facebook MAPIM
KUALA LUMPUR: Malaysia dan 15 negara menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan Flotila Sumud Global, sebuah inisiatif masyarakat sivil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa, Menteri-Menteri Luar negara terbabit menegaskan sokongan mereka terhadap misi kemanusiaan itu yang turut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan mendesak rakyat Palestin serta menggesa penghentian perang di Gaza.
"Objektif keamanan, penyampaian bantuan kemanusiaan, dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah dikongsi oleh kerajaan kami," menurut kenyataan itu.
Para menteri menggesa semua pihak supaya tidak melakukan sebarang tindakan menyalahi undang-undang atau keganasan terhadap flotila berkenaan dan menekankan kepentingan mematuhi undang-undang antarabangsa serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Mereka turut memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia peserta flotila, termasuk serangan ke atas kapal di perairan antarabangsa atau penahanan secara tidak sah, pelakunya perlu dipertanggungjawabkan.
Menteri-Menteri Luar yang menandatangani kenyataan itu adalah dari Bangladesh, Brazil, Colombia, Indonesia, Ireland, Libya, Malaysia, Maldives, Mexico, Pakistan, Qatar, Oman, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol dan Turkiye.
Flotila Sumud Global yang disertai warganegara daripada negara-negara berkenaan telah belayar dengan matlamat menyalurkan bantuan ke Gaza serta memperkukuh desakan bagi keamanan di wilayah yang dilanda konflik itu.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama (DIRCO) Afrika Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#DIRCO
#Flotila Sumud Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan