ARAU: Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang di sini.
Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.
Katanya hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.
Ahmad Mohsin berkata mayat warga emas itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah dan pemeriksaan lanjut menemukan kesan lebam pada dahi, ubun kepala serta lidah mangsa manakala tulung rusuknya patah.
Beliau berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.
Katanya anak perempuan mangsa yang berumur 34 tahun membuat pengakuan telah memukul warga emas itu menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala pada 9 pagi semalam.
Ahmad Mohsin berkata hasil temu bual mendapati suami suspek, juga berusia 34 tahun, turut terlibat dalam kejadian itu berdasarkan keterangan yang meragukan.
Beliau berkata suspek mendakwa punca pertengkaran kedua-dua beranak bermula apabila anak perempuan mangsa tidak tahan dan terlampau tertekan dengan karenah warga emas itu yang mengalami strok di bahagian badan sebelah kiri.
"Kedua-dua suspek tidak mengaku membunuh si mati dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ahmad Mohsin berkata polis akan membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kangar esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Polis berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal pada 4-5 peratus tahun ini - Ahmad Maslan
Kementerian Kewangan belum membuat perubahan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.
Wujud semula Lembaga Padi dan Beras Negara, hapus
Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) mesti diwujudkan bagi mengekang kegiatan kartel beras yang didakwa menjadi pengkhianat sehingga berlaku kekurangan beras tempatan ketika ini.

JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan kelompok penting bantu pemulihan dadah
Peranan institusi keluarga sebagai tempat rujukan pertama klien dalam kepulihan perlu diberi perhatian semua pihak.
MINDEF perkemas pendekatan G2G
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
Dilantik sebagai menteri? Itu prerogatif PM
Adly yang juga Naib Presiden Amanah menegaskan, Amanah mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan sebagai calon menteri.
MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC
PAC dijangka memanggil pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan bekas menteri dan menteri semasa bagi mendapatkan perkembangan kemajuan projek LCS, hari ini.

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan
Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang.