awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Felda perlu pastikan tiada penagih dadah baharu

Bernama
Bernama
07/09/2019
20:52 MYT
Warga Felda perlu pastikan tiada penagih dadah baharu
Hasnul Zulkarnain berkata setiap masyarakat perlu bersifat ramah, mesra, mudah bergaul serta beradab sopan dalam menyantuni mereka yang pernah terlibat dengan dadah. - Gambar fail
Kerajaan negeri meminta warga peneroka Felda supaya mengawasi anak-anak mereka, bagi memastikan tiada dalam kalangan mereka menjadi penagih baharu dadah di kawasan berkenaan, kata Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
Ini kerana menurutnya, berdasarkan stastistik lebih 90 peratus penagih telahpun menjalani rawatan dan langkah mengawasi itu perlu bagi mengelakkan timbulnya penagih baharu dalam kalangan anak-anak peneroka Felda.
"Kerajaan negeri sentiasa berusaha mengingatkan keluarga, supaya menjadikan tanggungjawab mereka, memastikan di kawasan (Felda) ini, tidak ada penagih baharu," katanya di majlis perasmian Karnival Mahabbah dan Rahmah Lenggong, di Dewan Semai Bakti, Felda Lawin Selatan, dekat sini pada Sabtu.
Sementara itu, bercakap mengenai karnival itu, Hasnul Zulkarnain yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri berkata ia adalah salah satu pendekatan berkonsepkan karnival kekeluargaan, dalam usaha memberi kesedaran kepada masyakat tentang penyalahgunaan dadah serta meningkatkan kualiti kehidupan.
Katanya, pengisian dengan pelbagai program juga mampu menarik minat orang ramai khususnya para belia, melibatkan diri dengan aktiviti sihat dan seterusnya menghindari daripada menghabiskan masa yang tidak berfaedah serta terpengaruh dengan najis dadah.
Dalam pada itu, Hasnul Zulkarnain berkata setiap individu dalam masyarakat juga perlu bersifat ramah, mesra, mudah bergaul serta beradab sopan dalam menyantuni mereka yang pernah terlibat dengan dadah.
"Selain itu juga, nasihat saya agar institusi masjid memainkan peranan penting, sebagai pusat bimbingan, pendidikan dan kemasyarakatan, bagi mewujudkan keamanan dan keadilan setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti sihat
#Belia
#Dadah
#Felda
#Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
#institusi masjid
#karnival kekeluargaan
#kualiti kehidupan
#mengawasi anak
#Pemadam
#penagih dadah
#peneroka
#penyalahgunaan dadah
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan